Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS DUN Hulu Kelang
1. Tanggal 29 September 2021 (Rabu) telah menjadi satu lagi tarikh kenangan indah kepada berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Unit Kerja Jemaah Hulu Kelang (UKJHK) dan Jawantankuasa Pemuda Cawangan (JPC) sesi 2019/2021 di Pusat Tarbiyah Dan Dakwah Hulu Kelang.
2. Sesi MAT berlangsung penuh muhibbah dilaksanakan secara hibrid dimana sebahagian AJK hadir secara fizikal dan sebahagian dilaksanakan secara maya.
3. Antara pesanan dan mutiara berharga oleh perasmi mesyuarat ialah peringatan Ustaz Ubaidillah Abdullah Timbalan Ketua Pemuda DPPG mengenai mengamati dan memahami bait bait lagu rasmi PAS iaitu memimpin ummah ke medan siasah.
4. Ustaz Ubaidillah menyebut bahawa betapa sejak puluhan tahun era 60-an ulama mempersada dan bersama di medan siasah seperti Profesor Zulkifli Muhamamd dan Dr Burhanuddin Al Helmi yang berjuang, bergulat didalam selut memahat sejarah agar mesej Islam diangkat dan diberi ruh Islam didalam kita berpolitik.
5. Pemuda Gombak khususnya di Hulu Kelang mempunyai potensi besar sinergi kekuatan anak muda mempunyai fikrah yang sama, gerak kerja yang berterusan meneruskan politik khidmat dan sumbangan kepada rakyat berbanding terlalu banyak bercakap atau berdebat yang sia sia.
6. Pesanan Ketua Pemuda UKJHK Sdr Abdul Basith Abdul Halim agar sinergi dikalangan pelbagai kepakaran anak muda, baik yang mendapat tarbiyah langsung atau tidak wajar dijadikan sumber kekuatan gerak kerja di masa hadapan. Ini wajar menjadi pedoman kelak agar pemuda terus kekal relevan di masa hadapan kelak.
7. Ayuh teman teman, medan siasah melalui Mesyuarat Agung Tahunan menjadi medan muhasabah terbaik kepada kita semua memperkasa agenda ummah dengan lebih baik.
“Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya!”
8. Semoga pemilihan kepimpinan baharu sesi 2021/2023 kelak membawa penanda aras yang lebih baik! Selamat bermuhasabah dan bermesyuarat teman-teman!
“Islam Memimpin Perpaduan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor