Home Berita PAS Sabah

Menghina Islam dan rasul saw, perbuatan tidak bertamadun

711
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU 28 Julai – Perbuatan menghina Agama Islam yang merupakan agama rasmi negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta perbuatan menghina Islam dan rasullullah saw merupakan satu perbuatan tidak bertamadun.

Merujuk kepada pemilik akaun Facebook Wendy Loong ,Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau ( DMPKT ) , Ustazah Madiha Ladale menyifat perbuatan pemilik akaun itu sebagai satu tindakan yang tidak bertamadun serta boleh mengugat perpaduan kaum dan agama di negara ini.

Sebelum itu , saf pimpinan DMPKT telah hadir ke IPD Tawau bagi menyokong laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Wanita Umno P.190 Tawau terhadap pemilik akaun tersebut.

Beliau menyatakan kehadiran saf pimpinan Muslimat Tawau ke IPD Tawau , di sini , semalam , adalah sebagai satu sokongan yang padu terhadap usaha mempertahankan kesucian dan keagungan Islam.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap berleluasanya kes penghinaan terhadap Islam dan Institusi Beraja di era Malaysia Baru dan era Sabah Ubah.

Sementara itu Ketua Wanita Umno Tawau , Hajah Murnih Mohd Tahir berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja menimbulkan tindakan provokasi menghina agama Islam dan Nabi Mohamad s.a.w kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan perpaduan masyarakat yang berbilang agama dan kaum.

Turut hadir ke IPD, Ketua Penerangan dan Media Baharu DMPKT Ketua Lajnah Pilihanraya DMPKT serta AJK dan penyokong kedua-dua parti.