Home Rencana PAS Wilayah

Menghayati pengorbanan dalam pelbagai ujian

16
SHARE

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1442 Hijrah kepada semua warga Putrajaya khasnya dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Aidiladha tahun ini dirai dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara di mana kita semua tidak dapat melakukan ibadah korban secara besar-besaran seperti tahun-tahun sebelum ini dan ibadah korban dilakukan dalam kumpulan yang kecil mengikut SOP yang ditetapkan.

Marilah kita melihat keterbatasan ini sebagai satu perkara yang positif dan merupakan satu pengorbanan dalam usaha kita untuk membuat penyesuaian demi menjaga satu perkara yang begitu penting ketika berlaku penularan wabak, iaitu memelihara nyawa.

Semoga setiap ujian ini menambahkan rasa taqwa dan redha kita kepada Allah SWT dan di sebalik ujian ini, Insya Allah masyarakat kita akan memahami keutamaan, roh dan hikmah di sebalik pensyariatan ini.

ISLAM MEMIMPIN

MOHD FAIYZAL IBRAHIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya