Home Artikel PAS Wilayah

Mengambil Ibrah Isra’ dan Mi’raj

97 views
SHARE

MENGAMBIL IBRAH ISRA’ MIKRAJ

سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Haraam (di Makkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra’: 1)

27 Rejab iaitu tarikh di mana berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj tiba lagi. Terlalu banyak ibrah yang perlu diinsafi oleh umat Islam dari peristiwa besar ini sebagai refleksi kepada iman dalam diri.

Peristiwa Isra’ Mikraj adalah antara tanda – tanda kekuasaan Allah SWT yang menuntut keimanan umat Islam walaupun ternyata ia tidak mampu dilogikkan dengan akal fikiran manusia. Lantas memberi petunjuk kepada kita yang segalanya pasti terjadi dengan izin Allah SWT.

Ayat pertama Surah Isra’ di atas juga menunjukkan kemuliaan Masjid Al Aqsa di Palestine yang menuntut jihad seluruh umat Islam bagi membebaskannya dari cengkaman Israel zionis.

Oleh yang demikian, kami dari PAS Batu ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia khususnya untuk memperingati Hari Isra’ Mikraj ini dengan berpegang teguh dengan ajaran – ajaran Islam lebih – lebih lagi dalam dunia akhir zaman yang sarat dengan fitnah pemikiran songsang manusia.

Di samping itu juga, kami menyeru agar kita semua sentiasa menitipkan doa agar Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh umat Islam dalam berjihad membebaskan Palestine.

Semoga Isra’ Mikraj kali ini lebih memberi makna kepada kita semua. Amin.

#IslamMemimpin
#KitaSejahteraBersama

Daripada:
PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

Like | Share | Follow :

👍🏻 Facebook PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/paskawasanbatu

Instagram
BatuSejahtera
https://www.instagram.com/batusejahtera/

Channel Telegram :
PAS Kawasan Batu
https://t.me/PASKawasanBatu

Youtube :
Batu Sejahtera
https://www.youtube.com/channel/UCMMnGatOEg8zLl7cLxdel4Q

Central Portal PAS
https://berita.pas.org.my/tag/pas-batu/

👍🏻 Facebook Dewan Pemuda
https://www.facebook.com/pemudapaskawasanbatu/

👍🏻 Facebook Dewan Muslimat
https://www.facebook.com/dmpkbatu/