Home Rencana PAS Selangor

Mendekati arak ditegah dalam Al-Quran – DPPK Gombak

129
SHARE

May be an image of ‎drink and ‎text that says "‎ا_کر DEWAN PEMUDA PAS GOMBAK PENGHARAMAN ARAK MERUPAKAN PERKARA YANG QATI'E DAN WAJIB MENGAMBIL BERAT DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM. Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: 1. Pemerah (anggur untuk arak). 6. Orang yang menuangkan arak, 2. Orang yang minta diperahkan. 7. Penjualnya, Peminumnya. Orang yang makan hasil jualannya, 4. Pembawanya. 9. Orang yang membelinya 5. Orang yang meminta bawa kepadanya. 10. Orang yang meminta dibelikan untuknya. Sunan Tirmizi Dibawakan Oleh: Lajnah Dakwah dan Kebajikan DPPG‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Lajnah Dakwah dan Kebajikan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak

Firman Allah SWT,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al-Maidah: 90)

Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.

Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

11 Rabiul Awal 1443H | 18 Oktober 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor