Home Rencana PAS Selangor

Memperkukuh Muafakat Nasional, Mempertahan Perikatan Nasional – KPen DPPK Kuala Selangor

92
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎(قاسِن) فقَانرِيَابسْلامِاسَمليسَيَا PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) PEJABAT AGUNG No. Pendaftaran 733 (Penang) KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada November 2021 di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama' PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS. "ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN" ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 25 Rabi'ul Awwal 1443/ 1 November 2021‎"‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamad Amri bin Saliya
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor

1. Susulan hasil Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah mengambil keputusan bahawa PAS akan menggunakan logo PN dalam Pilihanraya Negeri Melaka, DPPKKS yakin ianya adalah satu langkah tepat dan bijaksana dalam mendepani cabaran PRN kali ini selepas kita melepasi ujian pada PRN Sabah yang lalu.

2. Ianya adalah merupakan ijtihad politik semasa PAS bagi menghadapi PH agar memastikan PH tidak kembali berkuasa di Negeri Melaka.

3. Keputusan ini juga diyakini sebagai satu kekuatan yang ampuh untuk memastikan cita-cita umat Islam keseluruhannya bagi melihat umat Islam agar tidak terus bercakaran hanya semata-mata kerana berbeza pandangan berkenaan politik.

4. Percaturan politik yang bijak dan harmoni perlu digunakan untuk kita menghadapi musuh yang sebenar iaitu PH dan sekutunya. Semangat kerjasama perlulah dikekalkan agar menjadi sebuah pasukan yang kuat sekaligus memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRN Melaka.

5. Kesepakatan antara BN dan PN ini harus diperkukuh bagi menyempurnakan kekuatan umat Islam dari segenap aspek seterusnya membawa kebaikan kepada ummah serta rakyat dinegara ini.

6. Buat sahabat-sahabat Pemuda, belajar untuk bertenang menerima keputusan dan wajib membantu untuk melaksanakan keputusan serta arahan jemaah. Buang segala rasa ragu dan sangsi. Kita dengar dan kita taat. Ayuh kita perkemaskan gerak kerja dilapangan masing-masing dan menguruskan perbezaan pendapat secara hikmah agar gerak kerja jemaah dilaksana berteraskan kesatuan fikiran (wehdatul fikr) seiring dengan kesatuan tindakan (wehdatul amal).

Memperkukuh Muafakat Nasional,
Mempertahan Perikatan Nasional.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

3 November 2021 | 27 Rabi’ul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor