Home Minda Presiden

Memperingati Deklarasi Balfour

3502
SHARE

MEMPERINGATI DEKLARASI BALFOUR

Perisytiharan yang dikira satu perjanjian bertarikh 2 November 1917 oleh Lord Balfour bagi pihak Inggeris kepada Zionis Yahudi bertujuan menubuhkan Negara Haram Israel, khusus bagi bangsa Yahudi.

Dinamakan negara haram kerana tindakan mereka yang tidak berhak di atas bumi Palestin yang bukan kepunyaan negara penjajah itu untuk diberikan kepada mereka yang bukan tuan punya tanah air, mengikut sejarah dan realiti semasa.

Tindakannya sangat zalim, apabila menghalau penduduk asal Palestin, yang dipaksa keluar daripada rumah kediaman dan tanah air, supaya diisi oleh kaum Yahudi yang berjumlah 5% sahaja di masa itu. Kemudiannya dikerahkan Yahudi yang datang daripada seluruh pelusuk dunia, ada yang sudah bermukim di Amerika, Eropah, Asia dan Afrika supaya berpindah ke negara baru yang dinamakan Israel.

Kaum Yahudi itu diminta meninggalkan negeri masing-masing yang telah bermastautin, supaya berpindah ke negara Israel di atas nama agama Yahudi. Semua negeri itu pula mahu melepaskan diri daripada Yahudi, yang penyebab kepada masalah di mana sahaja mereka menetap, kerana itulah perangai mereka sejak turun-temurun menjadi balasan Allah terhadap dosa besar melakukan kejahatan, khususnya membunuh para anbiya dan ulama yang soleh.

Firman Allah:

وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ البقرة ٦١

“Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.” (Surah Al-Baqarah   :61)

Firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ آل عمران

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah Ali-Imran: 21)

Kumpulan Yahudi Zionis berpegang kepada ajaran agama mereka yang diselewengkan itu, sebagaimana dirakamkan dalam ajarannya, bahawa bumi Palestin adalah pusaka nenek moyang yang wajib diambil dengan apa cara sekali pun. Tujuannya bagi mengembalikan semula Empayar Agung yang pernah ditegakkan oleh Nabi Sulaiman A.S. kerana bangsa Yahudilah paling mulia dan manusia yang sebenarnya. Adapun bangsa bukan Yahudi hanya Goyem (manusia kelas rendah yang boleh diperlakukan apa sahaja).

Al-Quran menegaskan bahawa Nabi Ibrahim A.S. yang membuka Palestin di atas nama Islam, dan disambung mesejnya oleh semua para Rasul A.S. yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah:

مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٦٧ إِنَّ أَوۡلَى ٱلنَّاسِ بِإِبۡرَٰهِيمَ لَلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا ٱلنَّبِيُّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۗ وَٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٨ ال عمران

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik. (67) Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya iaitu umat Islam) dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (68)” (Surah Ali-Imran: 67-68)

Namun, ada di kalangan mazhab Ortodok Yahudi bernama Natori Karta pula percaya bahawa penubuhan negara Israel adalah haram dan bercanggah dengan kitab Taurat yang asal.

Di sini menunjukkan betapa haramnya Penjanjian Balfour dan haramnya negara yang bernama Israel yang ditegaskan oleh hujah agama dan sejarah. Maka tindakan negara kuasa besar yang mempengaruhi negara kecil termasuk negara umat Islam supaya mengiktiraf negara yang diisytiharkan oleh mereka pada tahun 1948 adalah haram dan wajib ditolak oleh umat Islam dan bukan Islam yang benar-benar berpijak di bumi nyata.

Maka penyelesaian masalah Palestin bukannya dengan mengiktiraf wujudnya negara haram Israel itu, sama ada dalam satu negara Israel atau dibahagi dua iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu untuk Yahudi. Semuanya haram kerana berkonsepkan memberi hak kepada yang merampas dan merompak.

Bagi umat Islam pula, Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci, kerana terletak di dalamnya Bandar Al-Qudus dan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan tempat Israk Rasulullah S.A.W. dan bermulanya Mikraj, peristiwa Baginda S.A.W. dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T.

Walaupun di situ menjadi tanah suci tiga agama kitabi (Islam, Kristian dan Yahudi), hanya Islam sahaja berjaya memberi hak kebebasan beragama kepada semua pihak.  Maka sejarahnya, sesiapa sahaja kalangan bukan Islam yang berkuasa di Palestin telah mengganggu pihak yang tidak seagama dengannya, termasuk Rom yang pernah menjajah dan mengganggu kalangan Kristian yang tidak semazhab dengannya walaupun satu agama.

Apabila Islam di zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. berjaya membebaskannya daripada Kerajaan Rom, maka ditulis surat perjanjian yang memberi hak beragama kepada semua pihak. Keadaan berubah pula apabila Tentera Salib menakluknya, sehinggalah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskannya semula.

Kini Palestin dicabul oleh Zionis dengan lesen haram Perjanjian Balfour tersebut bersama agenda menakluk dunia dengan menguasai harta, takhta dan media. Pihak barat akan merasa selesa sementara waktu sahaja melalui tindakan yang salah. Kalau dibiarkan akan menjadi barah yang mengancam keamanan dunia seluruhnya.

Namun Allah berjanji dengan firman-Nya dalam Kitab Mukjizat Al-Quran:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ المائدة

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu, dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya melimpah ruah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Maidah: 64)

Percayalah bahawa semua yang bersekongkol dengan Zionis yang merosakkan itu akan binasa, termasuk kuasa besar dunia terkini. Malangnya ada kalangan Negara Arab dan Negara Islam ikut masuk ke dalam bakul yang akan memusnahkan mereka dengan terus membina perisytiharan haram yang telah genap 100 tahun   usianya, mereka masih lagi mempertahankan negara haram itu dengan segala pendekatan menipu dan helah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Safar 1439 / 3 November 2017