Oleh : Meru Sejahtera
Pimpinan PAS DUN Meru telah membuka Kaunter Pendaftaran Pemilih bagi menyemak atau membuat pendaftaran yang baru mendapat sambutan luar dugaan di Kampung Budiman.
Lebih dari 100 orang yang datang mendaftar sebagai pengundi terdiri dari wanita dan pemuda Kampung Budiman. Kaunter Daftar Pemilih di buka di Warung Lereng milik Tuan Hj Azman. Pemilik warung berkenaan juga telah memberikan sarapan percuma kepada para petugas.
Dr Rani mewakili Lajnah Kebajikan PAS Negeri Selangor pergi dari satu meja kesatu meja makan pelanggan-pelanggan warung tersebut dan meminta mereka telefon anak-anak atau rakan-rakan yg berumur 21 tahun keatas untuk segera datang mendaftar sebelum jam 12.00 tengahari.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor