Home Berita PAS Selangor

Membina kekuatan ummah tanpa PKR tanpa DAP – Setiausaha PAS Negeri Selangor

53
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "PKR MP welcomes cooperation with Umno, wants DAP on board too Monday, Jun 2021 09:43 AM MYT BY R. LOHESWAR Harakahdaıly Sohar மல"

Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha PAS Negeri Selangor

Semakin hampir tanggal 1 Ogos 2021 iaitu hari tamatnya pengisytiharan Darurat melawan COVID-19, semakin banyak spekulasi ditiup dan melayang-layang. Sepatutnya fokus diberi pada pelan seterusnya untuk menghadapi pandemik ini yang cukup mengancam kehidupan rakyat dan menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara. Peperangannya belum selesai.

Tetapi masih ada pihak yang lebih pentingkan kuasa dan kedudukan. Hari ini dilaporkan kononnya rundingan ‘jajaran baru’ sedang hangat berlangsung. Jajaran baru ini adalah kerjasama politik baru yang mahu mengambil-alih kerajaan hari ini.

Ahli Parlimen PKR Kapar umpamanya dengan cukup yakin membayangkan kerjasama antara PH dan Umno. Kata Abdullah sebaik Parlimen bersidang keabsahan kerjasama baru ini akan diangkat iaitu melibatkan Umno, PKR dan DAP.

Saya tidak yakin sahabat-sahabat dalam Umno yang serumpun dan seakidah dengan saya sanggup meninggalkan Muafakat Nasional (MN) untuk bersekongkol dengan PH yang diterajui PKR dan DAP. Umno dulu diserang, difitnah, disumpah seranah kononnya kerajaan kleptokrat, perompak, kaki rasuah sehingga jatuh rebah sebagai Kerajaan Persekutuan angkara PKR dan DAP dan hari ini tergamak mahu menerima tangan yang dihulurkan oleh ‘pembunuh’ mereka sendiri?

22 bulan pemerintahan PH yang didominasi DAP telah mengakibatkan sengsara hidup umat Melayu Islam. Setelah penubuhan MN rata-rata orang Melayu memilih berteduh di bawah MN kerana yakin maruah dan masa depan mereka akan terbela, tiba-tiba Umno menepis tangan PAS dan memeluk tubuh DAP? Kerana itu saya tidak dapat menerima dan menganggap ini semua sebagai adu-domba dan perangkap PH yang kemarukkan kuasa itu.

Realitinya hari ini cuma ada satu jajaran pasca PRU14 iaitu jajaran politik baru Perpaduan Ummah. Mereka yang ada jati diri Melayu Islam akan bermatian mempertahankan jajaran ini ke arah membina kesepaduan politik umat Melayu Islam di tanah air. No DAP No PKR.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor