Home Kenyataan Media PAS Wilayah

MEMBIDAS DAKWAAN INSIDEN KG SG BARU DENGAN PERIKATAN NASIONAL DAN PENDUDUK

8
SHARE

1) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menegaskan bahawa dakwaan yang cuba mengaitkan insiden yang berlaku di Kampung Sungai Baru pada pagi ini dengan Perikatan Nasional (PN) dan penduduk adalah tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah.

 

2) Hakikat sebenar, kejadian tersebut berpunca daripada kehadiran individu yang tidak dikenali yang bukan dari kalangan penduduk telah membuat provokasi terhadap bantahan aman yang berlangsung di Kampung Sungai Baru hari ini.

 

3) Pihak penduduk juga telah membuat laporan polis lebih awal lagi iaitu pada 8 September 2025 kepada IPD Dang Wangi yang menyatakan terdapat unsur ugutan kepada penduduk dan penggunaan gangster dalam himpunan aman hari ini.

 

4) Oleh itu, adalah sangat tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat tuduhan melulu yang mengaitkan insiden ini dengan penduduk atau PN. Tuduhan sebegini hanya mengeruhkan keadaan, menjejaskan nama baik penduduk Kampung Sungai Baru yang sedang berjuang mempertahankan hak mereka, serta mencetuskan kekeliruan awam.

 

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP):

 

a) Mendesak pihak berkuasa menyiasat dalang sebenar yang mengupah pihak luar sehingga menimbulkan ketegangan di Kampung Sungai Baru.

 

b) Menyeru semua pihak menghormati hak penduduk untuk mempertahankan kampung warisan mereka tanpa gangguan luar.

 

c) Mengingatkan agar media dan pihak berkepentingan tidak membuat kenyataan semberono tanpa fakta sahih.

 

Kami komited untuk terus bersama penduduk Kampung Sungai Baru dalam memastikan keadilan ditegakkan, hak mereka dipertahan dan keamanan dipelihara.

 

Islam Memimpin

 

Sekian.

 

AZMER SYAZWAN BIN AHMAD SUPARMIN,

Ketua Pemuda,

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP).