Home Berita PAS Terengganu

Memang sah berlaku perundingan

113
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS sekali lagi mengesahkan memang berlaku perundingan dengan UMNO secara terus menerus walaupun dinafikan oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Setiausa Agungnya, Datuk’ Seri Takiyuddin Hassan berkata perundingan berlaku diantara pihaknya dengan pemimpin UMNO yang mempunyai kedudukan tertentu untuk membawa kepada perbincangan rasmi dalam menjalinkan hubungan kerjasama.

“Kita PAS ini jelas pendirian dalam memperkasakan ‘Muafakat Nasional’ dan ‘Memperkuatkan Perikatan Nasional’.

“(Serta) kenyataan saya mewakili bagi pihak parti jelas, tidak akan ada hubungan dengan PH dan mana-mana komponennya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dan yang lain itu (selain PH) itu kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama.

“Berada dalam Perikatan Nasional pun kita menyatakan pendirian tegas, kena faham! Kalau ada khemah besar kami tidak terima,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya, setelah berakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, di Kompleks PAS Kedah, di sini, semalam.

Jelasnya, tidak timbul perbincangan dalam gelap mahupun sembunyi,Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat sendiri suatu ketika dahulu pernah mengakui dan menerima pandangan PAS agar kerusi di negeri yang dikuasai PH perlu berbincang.

“Bagi memastikan tidak berlaku pertembungan yang boleh menyebabkan pihak ketiga (PH( menang ) itu saya rasa (pernah) diakui oleh Timbalan Presiden UMNO sendiri.

“Jadi itulah perbincangannya, politik tidak semestinya terus berada di meja perundingan secara rasmi sahaja ,secara tidak rasmi pun (berlaku), ” ujarnya.

Sementara itu katanya, Muktamar Tahunan yang berkahir itu berjalan lancar dan sejak tahun lalu hanya diadakan selama dua hari sahaja berbanding sebelum ini diadakan selama tiga hari.

“(Melalui) perbahasan kita mendapat input-input daripada perwakilan terutamanya untuk memperkasa dan memperkuatkan parti sebagai persiapan organisasi (bagi) menghadapi PRU Ke-15.

“PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan pada Ahad depan, jadi apa yang telah dibangkitkan dan dicatatkan dalam muktamar ini akan dijadikan bahan perbincangan terutamanya berkaitan PRU Ke-15,” ujarnya.