Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Semalam sewaktu sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat, ketika giliran Menteri di JPM Hal Ehwal Agama Senator Idris Ahmad, ahli Parlimen DAP Bukit Bintang Fong Kui Lin telah bertanya soalan tambahan:
Antara lain berbunyi mengapa negara perlu menyekat agama bukan Islam sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama.
Soalan ini dibangkitkan berikutan inisiatif kerajaan menyekat pegembangan agama bukan Islam dikalangan penganut Islam melalui RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pegembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam..
Isu ini cukup jelas dan saya yakin difahami oleh rata-rata rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Cuma yang ekstrim dan tidak sensitif pada kepentingan umat Islam sahaja yang sengaja mahu cetuskan kekrliruan dan perbalahan khasnya antara agama.
Benar Perlembagaan Persekutuan melaui Perkara 3 yang dimaksudkan menjamin hak kebebasan beragama dikalangan rakyatnya. Ia menyebut Islam adalah Agama Persekutuan tetapi agama-agama lain bebas diamalkan dikalangan rakyatnya.
Namun dalam Perlembagaan yang sama Perkara 11 (4) menyatakan undang-undang boleh diperkenalkan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan Agama dikalangan penganut Islam.
Hakikatnya bukan sahaja rakyat yang beragama Islam malah yang bukan Islam khasnya di negara ini pun tahu bahawa agama Islam mengikat peganutnya untuk kekal dengan Islam sampai ke penghujung hayat. Seseorang Muslim tidak boleh memilih menukar agamanya kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan besar dalam Islam.
RUU ini diperkenalkan untuk memastikan tidak ada usaha untuk membawa mana-mana individu Muslim warga Malaysia untuk menukar Agamanya. Ia jelas menjaga kepentingan dan aqidah umat Islam dan sedikit pun tidak menghalang kepentingan agama lain.
Lalu kenapa DAP perlu pertikai?
Adakah DAP mahu melindungi usaha jahat menyibarkan doktrin atau agama bukan Islam dikalangan orang-orang Islam? Mahu lihat umat Islam bebas murtad?
Inilah sikap DAP yang rakyat khasnya umat Melayu Islam perlu tahu.
Sepatutnya ini hak dan kepentingan umat Islam tidak perlulah MP bukan Islam campuri pun sedangkan hak mereka tidak langsung terganggu. Tetapi semalam MP DAP bangkit, lalu beringat-ingatlah semua.
7 Oktober 2021 | 30 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan