Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Seluruh saf Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2021/2023.
Anak muda seluruhnya pasti akan mengikut rapat gerak langkah kepimpinan YB Ustaz Fadhli Shaari yang ditaklif Ketua Pemuda DPPM yang baharu. Pengalaman sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah yang dipikul oleh Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden semestinya dapat membantu dan mencorak kepimpinan DPPM dengan lebih baik selaku posisinya di Timbalan Ketua Pemuda DPPM bagi sesi kali ini.
Seterusnya kehadiran Ustaz Hanafi Zulkapli sebagai Naib Ketua Pemuda dengan segudang pengalaman sewaktu memimpin DPPNS akan menambah nilai kepada organisasi DPPM ini. Pastinya ia adalah gandingan yang ditunggu-tunggu oleh para pemuda di Malaysia. Ironinya ketiga tiga kepimpinan DPPM kali ini ialah graduan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Harapan terbesar pastinya untuk melihat isu anak muda diberi perhatian sebaiknya oleh kepimpinan DPPM yang baharu. Kerja kuat, legasi dan komitmen yang ditinggalkan oleh YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin sewajarnya terus disuburkan dan ditambah baik pelaksanaannya.
Teruslah melangkah dengan jiwa pemberani anak muda dan penuh kebijaksanaan. Saf kepimpinan DPPM sesi 2021/2023 sewajarnya terus laju ke hadapan, membantu dan memberikan buah fikiran segar dan idea-idea baharu kepada isu-isu anak muda dan negara. Inilah masanya kita bekerja dan kita lakukan dengan sedaya upaya demi agama, bangsa dan tanah air tercinta!
Siiru A’la Barakatillah dan selamat bekerja!
31 Oktober 2021 | 24 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor