Home Berita PAS Terengganu

MB Terengganu undur diri

32
SHARE

MARANG – Dalam detik penuh emosi, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-41, yang berlangsung di Rusila.

Langkah ini menandakan satu perubahan besar dalam landskap kepimpinan PAS kawasan bersejarah itu, yang telah sekian lama dipimpin oleh Ahmad Samsuri dengan penuh komitmen dan wibawa.

“Saya undur kerana yakin sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan.

“Kepimpinan ini bukan milik individu, ia milik jamaah,” ujar beliau.

Mohd Nor menyapa Dr. Sam di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang. 

Sebagai langkah penyusunan strategik saf kepimpinan, Timbalan YDP PAS Kawasan Marang,  Dato’ Mohd Nor Hamzah, diumumkan sebagai pengganti rasmi dan kini menggalas tanggungjawab sebagai YDP yang baharu selepas menang tanpa bertanding (MTB).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato’ Ariffin Deraman dipilih sebagai Timbalan YDP, juga MTB.

Di samping itu, jawatan Naib YDP, dipangku Wan Zuki Wan Ismail, selepas diumumkan MTB.