“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab;21)
Sambutan Maulidurrasul pada setiap tahun merupakan manifestasi cinta dan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW.
Penzahiran rasa kesyukuran atas pengutusan Rasulullah sebagai penyebar risalah Islam di dunia ini perlulah di buktikan dengan adanya rasa tanggungjawab dalam mempertahankan syiar agama, memelihara akidah dan iman, mempamerkan serta mengamalkan akhlak terpuji seperti yang ditunjukkan oleh nabi sepanjang hayat baginda dalam kehidupan seharian.
Selari dengan tema Maulidurrasul pada tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar masyarakat Wilayah Persekutuan khasnya untuk bersama-sama berganding bahu dalam agenda perpaduan masyarakat dan mengambil ibrah daripada sirah Rasulullah yang bersikap ihsan tanpa mengira kaum dan agama selagi tiada penentangan secara terang-terangan terhadap agama Islam.
Semoga sambutan Maulidurrasul ini menjadi motivasi untuk kita terus menjadi duta Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya.
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى ال محمد
Siiru ‘ala barakatillah.
USTAZ HAJI AZHAR YAHYA
PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN