Home Kenyataan Media PAS Selangor

MAULIDUR RASUL IALAH SEBUAH PENGHAYATAN

1520
SHARE

Maulidur Rasul bukanlah untuk mengingati keputeranaan baginda semata-mata tetapi perkara paling penting ialah ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan dalam bentuk mengikuti segala akhlak dan ajaran serta perjuangan Nabi yang mulia itu. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil yang memiliki akhlak dan peribadi bersumberkan wahyu.

Pada diri baginda terpancar akhlak terpuji yang menjadi sumber ikutan umat (اسوة حسنة). Sejak kecil lagi baginda telah ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Masyarakat jahiliyah Mekah yang menyembah berhala serta mengamalkan budaya hidup yang tidak berakhlak turut mengurniakan gelaran ‘Al-Amin’ kepada baginda.

Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian alam seperti maksud firman Allah: …

“Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (surah al-Anbiya:107).

Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi ‘Nur Ilahi’ (cahaya ketuhanan).

Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia (مكارم الأخلاق). Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-Quran sebagaimana kata isterinya, Aisyah r.a. bahawa akhlak Nabi adalah umpama al-Quran yang bergerak (كان خلوقه القرأن). Justeru itu , selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari, dihayati dan diamalkan. Semuanya terkandung didlm sifat kemuliaan bagi SAW iaitu ..
Siddiq , Amanah , Tabligh dan Fathonah. Sifat2 ini la yg perlu ada dlm diri kita tak kira samada kita dr kalangan pemimpin ataupun rakyat biasa .
Bagaiamana kita dalam membenarkan apa yg diperintah oleh Allah swt didalam Al Quran … Sebagaimana Rasulullah membenarkannya .

Bagaiamana kita menunaikan AMANAH Allah swt keatas kita dlm menjaga agama dan hukum Allah swt , Sebagaimana Rasulullah SAW menunai dan menjaganya

Bagaiamana kita dalam menyampaikan apa yg diperintah oleh Allah swt kepada kita , Sebagaiamana Rasulullah SAW menyampaikannya .

Bagaimana kebijaksanaan kita dlm mentaati perintah Allah swt sebagai seorang hamba , sebagaimana Rasulullah SAW mentaati perintah Allah swt .

Utk mengikuti apa yg dilaksanakan oleh Rasulullah SAW atas perintah Allah swt maka ingatlah dan ikutlah pesanan dari Baginda SAW ..

“Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara , Kamu tidak akan sesat selama lamanya, iaitu QURAN & SUNNAHKU”

” MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA RAHMAT “

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
1440 Hijrah

Rizuan Bin Rahmat
Ketua Dwn Ulamak Selangor
Pengasas Pusat Pengajian Islam & Tahfiz Quran
11 Rabiul Awwal 1440
191018 – Isnin