Home Artikel PAS Selangor

“Matlamat menghalalkan cara”

490
SHARE

“Matlamat menghalalkan cara”

Niccolo Machiavelli merupakan ahli falsafah yang berasal dari Itali serta pengasas utama sains politik moden.

Machiavellianism digunakan secara meluas untuk menyifatkan ahli politik yang tidak bermoral seperti didalam bukunya “The Prince”. Aliran pemikiran yang dibawanya adalah “Matlamat menghalalkan cara” dengan kata lain mengutamakan diri sendiri dengan cara melanggar prinsip-prinsip dan teori-teori yang mereka sendiri laungkan dan serukan. Antara fahamannya, untuk mendapatkan sesuatu matlamat semua kaedah dikira halal tanpa ada sekatan dari mana-mana agama samada dengan cara menipu, menfitnah (mewujudkan video), bertindak ganas, kejam, zalim dan sebagainya asalkan dapat memelihara kuasa.

Menurutnya lagi sekiranya penguasa perlu memilih samada untuk disayangi atau ditakuti oleh rakyat, maka pilihlah untuk di takuti kerana keselamatan dan kuasa akan lebih terjamin dalam keadaan tersebut.

Ini fahaman yang bercanggah dengan Islam yang wajib dijauhi terutama mereka yang berjuang untuk agama.

Wallahua’lam

UKN
Pelabuhan Klang.