Home Kenyataan Media PAS Wilayah

MATLAMAT DAP MENGUASAI TANAH DAN PBT

109
SHARE

MATLAMAT DAP MENGUASAI TANAH & PBMATLAMAT DAP MENGUASAI TANAH & PBT

 

1- Parti DAP sekali lagi mengumumkan hasrat dan cita-cita mereka untuk mewujudkan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan melalui cadangan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 didalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 pada 13 Oktober lalu.

 

2- Hasrat DAP ini bukanlah suatu perkara baru dan sememangnya perkara ini telah acap kali diulang oleh para pemimpin mereka di banyak peringkat. DAP juga sedar tentang cadangan tersebut yang sangat sensitif untuk disebutkan kerana cadangan mewujudkan pilihanraya PBT turut membawa “history baggage” yang mesti ditanggung oleh mereka.

 

3- Sebagai sorotan, pemansuhan Pilihanraya Kerajaan Tempatan antaranya kerana berlaku ketidak seimbangan penguasaan kaum di dalam PBT. Perkara ini mendorong untuk berlakunya diskriminasi antara kaum, pengagihan kekayaan ekonomi yang tidak stabil dan membuka ruang kepada aktiviti jenayah seperti rasuah untuk berlaku.

 

4- Akibat ketidak seimbangan penguasaan kaum di dalam PBT, insiden hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 telah berlaku. Lebih mengejutkan lagi, peristiwa berdarah seperti ini berlaku di dalam bandar-bandar yang dikuasai oleh orang cina. Lebih hairan lagi, perkara ini tidak merebak di bandar-bandar yang dikuasai oleh orang melayu seperti di Pantai Timur.

 

5- Perkara ini membawa kepada kesimpulan bahawa kewujudan DAP sebenarnya membawa suatu gagasan yang merbahaya kepada keamanan negara Malaysia. DAP dilihat begitu rakus dalam memastikan penguasaan mereka di kawasan bandar-bandar yang kaya dengan hasil ekonomi untuk terus dipegang oleh mereka.

 

6- Perkara ini dilihat begitu selari dan berkait dengan kedudukan YB Nga Kor Ming sebagai Menteri KPKT yang kini sedang berusaha untuk membawa suatu RUU Pembaharuan Semula Bandar di Kuala Lumpur. Melalui RUU tersebut, DBKL telah mengenal pasti 1300 ekar kawasan di dalam KL yang akan diambil alih dengan tujuan pembaharuan bandar yang kebanyakannya adalah kediaman orang melayu.

 

7- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk dan mengecam sebarang usaha yang dicadangkan oleh DAP untuk mewujudkan semula Pilihanraya PBT. Rakyat Malaysia perlu bangkit melawan hasrat DAP yang begitu berbahaya untuk keamanan negara Malaysia.

 

AZMER SYAZWAN BIN AHMAD SUPARMIN

18 OKTOBER 2024