Home Berita PAS Wilayah

Masyarakat Perlu Tingkatkan Kesedaran Sivik

1007
SHARE

LEMBAH PANTAI, 10 Mac – Sikap kurang bertanggungjawab masyarakat perlu dibaiki bagi menghidupkan komuniti yang benar-benar aman.

Demikian respon Tuan Haji Fauzi yang merupakan tokoh NGO serta aktivis masyarakat ketika menziarahi keluarga mangsa yang maut dibaling kerusi semalam.

“Kita memandang kejadian ini suatu kes yang serius. Etika hidup dalam kejiranan samada kependudukan padat atau sederhana perlu dititikberatkan agar ia tidak lagi berulang,” ujar beliau.

Terdahulu, Puan S. Kasthurivai berjalan bersama anaknya di kawasan lobi di Blok 102 PPR Sri Pantai sebelum sebuah kerusi dilempar dari tingkat 21 tepat mengenai kepala anaknya menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Beliau yang ditemui di rumahnya masih lagi merasa sebak dan berharap kes ini menjadi pengajaran buat semua.

Pihak keluarga mangsa merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS atas keperihatinan yang diberikan.

Ziarah ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Lembah Pantai yang diketuai oleh Saudara Wan Mustafa dengan kerjasama PAS Kawasan Lembah Pantai.

Dalam sesi ziarah tersebut, sedikit sumbangan diberikan dan disampaikan oleh LAr Haji Fauzi selaku Bendahari PAS Kawasan kepada keluarga mangsa hasil sumbangan daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan