Home Berita PAS Pahang

Masyarakat Orang Asli Che Wong terima Projek BERKAT

54
SHARE

Oleh : AMALINA NORDIN

LANCHANG, 15 Dis : Seramai 20 keluarga masyarakat Orang Asli telah menerima bantuan Projek Beras Untuk Rakyat (BERKAT) di kawasan Kampung Kuala Gandah di sini baru-baru ini.

Projek BERKAT merupakan inisiatif Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) untuk membantu mereka yang memerlukan di samping meringankan segala beban yang dihadapi.

Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor telah menyantuni penduduk dan beramah mesra serta mendengar segala aduan permasalahan penduduk berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sumbangan beras untuk menjayakan program ini sekaligus dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Turut hadir Projek BERKAT ini adalah Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan Sosial (LKKS) DMPM, Ahli Sekretariat Salamiah juga Muslimat PAS Kawasan Temerloh.

Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia.