Oleh: Siti Mariam
KUALA NERUS -Sebanyak RM 2843,50 berjaya dikutip dalam masa singkat membuktikan masyarakat DUN Seberang Takir bersama derita rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Israel.
Ameerah DUN Sebarang Takir, Noorhasyymah A.Rasid berkata program kerjasama antara Ameerah dan Pemuda DUN Seberang Takir melancarkan kutipan Derma Orang Ramai Buat Palestin mendapat sambutan yang mengujakan.
“Pasar Malam Kampung Baru menjadi tumpuan orang ramai dan kami mengambil kesempatan ini untuk melancarkan kutipan derma buat saudara kami di Palestin,” katanya ketika dihubungi petang tadi. .
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas program yang diadakan pada Rabu 25 Oktober di sini.
Turut sama turun padang menjayakan program tersebut ialah Ketua Pemuda DUN, Ustaz Mohamad Rozi Sakiman.
Menurut Noorhasyymah, program sedemikian akan terus diadakan di beberapa pasar malam di DUN tersebut untuk melipat gandakan. lagi sumbangan.
“Insya-Allah dengan sedikit derma yang diberikan dapat memberi seribu makna buat Palestin,” katanya.