Home Rencana PAS Wilayah

Mari beristighfar,mudah-mudahan menjadi asbab diangkatnya wabak

206
SHARE

Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT, marilah kita bersama-sama beristighfar kepada Allah.

Lihatlah Firman Allah SWT kepada kita berkaitan istighfar..,

﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾

Maksudnya, “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di kalangan mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)” (al-Quran. Al-Anfal: 33).

Begitu juga pesanan baginda Rasulullah SAW kepada kita..,

Daripada Fadalah bin ‘Ubayd, daripada Nabi SAW bersabda:
‎{الْعَبْدُ آمِنٌ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، مَا اسْتَغْفَرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ}
Maksudnya, “Hamba akan sentiasa terhindar daripada azab Allah Azza Wa Jalla selama mana dia beristighfar kepada Allah Azza Wa Jalla” (Hadis. Riwayat Ahmad).

Sabdanya lagi..,
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
‎{مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ}
Maksudnya, “Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah akan menjadikan baginya kelonggaran untuk setiap kesedihan, jalan keluar untuk setiap kesempitan dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka” (Hadis. Riwayat Ibnu Majah).

Jom! Marilah kita gerakkan agenda ISTIGHFAR memohon keampunan Allah SWT agar Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membukakan reruang keampunanNya dan kerahmatanNya, lantas menjadi asbab diangkat azabNya yang sedang dikenakan ke atas kita semua.

Ustaz Azhar Haji Yahya
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,
Yang DiPertua PAS Kawasan Batu

https://www.facebook.com/1589112137969765/posts/2910550179159281/