Home Artikel PAS Johor

Marhaban dan Baraan Tradisi Zaman Berzaman

117 views
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor – Menjadi simbolik dan tradisi Syawal yang disinonimkam dengan marhaban atau baraan.

Rata-rata masyarakat di sini tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan tersebut.

Semangat kejiranan dan sikap suka menjamu tetamu ini turut dipraktikkan oleh KRT Jalan Enggang yang mengadakan Kunjungan Marhaban Aidilfitri bermula dari 1hb Julai selepas Isyak dari jam 9.00 malam sehingga selesai rumah terakhir di setiap lorong seperti mana yang telah ditetapkan.

“Alhamdulillah, seronoknya hari ini bila jiran-jiran ahli kariah Surau Umar Abdul Aziz , ahli KRT Jalan Enggang datang berziarah Marhaban.

“Menu ringkas Teh Tarik dan lempeng sambal antara juadah buat para tetamu. Alhamdulillah, menepati selera.

“Mudah-mudahan kehadiran tuan puan semua membawa rahmat kepada kami sekeluarga. “

Ulas Ustaz Juwahir Amin, antara yang mengetuai sesi marhaban kali ini ketika menzahirkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

Beliau turut menzahirkan kemaafan kerana tidak dapat hadir ke semua rumah atas kekangan masa dan urusan kerja.