Home Berita PAS Terengganu

Marang bawa kuda besi ‘Berlumba’ di TIEP

4
SHARE

SETIU – Memakan tempoh selama dua minggu, akhirnya kuda besi berjaya ‘dijinakkan’ Pejabat Daerah dan Tanah Marang di Karnival Terengganu International Endurance Park (TIEP).

Menurut pegawai daerah dan tanah Marang, Zulkifly Isa, kuda besi itu diperbuat oleh warga kerja pejabat daripada bahan-bahan terbuang.

“Kuda besi ini ada simboliknya, dalam Bidong Flora Fest (BFF) 2025 kita bawa tema Taman Kuda Waja, Dari Bunga ke Besi.

“Orang akan masuk reruai ini dan lihat kelembutan bunga diakhiri kuda waja yang kita bina. Dari kelembutan itu akan lahirlah kekuatan.

“Kuda ini kita lambangkan sebagai kekuatan, walaupun dibuat daripada bahan terbuang, ia kukuh sehingga orang boleh naik ke atasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penjurian reruai flora dalam BFF 2025 sempena Sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu, semalam.

Pertandingan tersebut melibatkan lapan pejabat daerah dan tiga syarikat-syarikat di Terengganu.

Selain BFF 2025, Karnival TIEP dipenuhi pelbagai aktiviti antaranya pertunjukan payung terjun oleh Komando VAT 69, perlumbaan motosikal lasak dan pertandingan tarik tali.