Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
12 FEBRUARI 2023
KENINGAU: Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI kawasan Keningau telah berlangsung dengan penuh warna-warni kelmarin.
MAP tersebut berjalan dengan lancar di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Islam Seri Tahfiz Al Ilmi bermula seawal pagi dengan kehadiran seramai 112 murid enam Tahun dan 23 orang guru dari enam buah PASTI disekitar Daerah Keningau dan Tambunan.
Majlis dimulai dengan alunan merdu bacaan ayat cuci al-Quran oleh Muhd Mukhtar Abdul Muein murid dari PASTI As-sharif.
Menyerikan lagi MAP kali ini ialah kehadiran tetamu kehormat Haji Sahmain Hasim Timbalan Yang Dipertua PAS Keningau dan Ketua Pemuda PAS keningau Rizdqan Wirahadi Kusuma diiringi kesemua enam pengurus PASTI Yang terlibat MAP PASTI bagi sesi 2022.
Dalam ucapan Tuan Haji Sahmain mengatakan beliau amat berbangga dengan pencapaian murid-murid PASTI yang seawal umur 4 hingga 6 Tahun telah dididik dengan hafazan surah dan hadis hingga mampu melahirkan generasi celik al-Quran.
Dalam pada itu, Rizdqan Wirahadi kusuma turut mengharapkan agar PASTI akan terus melahirkan generasi Soleh Pintar untuk masa akan datang.
Turut sama berucap pada MAP kali ini mewakili semua pengurus PASTI kawasan keningau dan Tambunan ialah Mohd Syakir Ghasali.
Pelbagai gerai jualan dan kaunter Pendaftaran keahlian PAS dibuka pada MAP kali ini.
Tabung Sumbangan mangsa Gempa Bumi di Turki dan Syria turut dibuka dan Alhamdulillah hasil kutipan dari ibu bapa ,guru-guru dan orang ramai yang hadir sebanyak 1000 ringgit berjaya dikutip.
Kemuncak MAP PASTI Keningau Tambunan ialah persembahan yang penuh dengan warna-warni dengan penghayatan murid enam tahun dalam menzahirkan emosi melalui persembahan yang disampaikan dan juga penyampaian sijil tamat Sekolah kepada semua murid enam tahun.
Dua Tokoh Murid PASTI Kawasan terbaik yang terpilih pada MAP PASTI kali ini ialah Muhammad Zuhri Mohd Faizal murid 5 tahun dari PASTI Al Falah II dan Muhammad Rayyan Zayd Mohd Shaari murid 6 tahun dari PASTI Assharif keningau.