Home Berita PAS Sabah

MAP PASTI dan SRITI Kinabatangan disambut meriah

65
SHARE

Oleh: Fatiha Mohammad
13 Februari 2023

KINABATANGAN: Majlis Anugerah Prestasi (MAP) peringkat kawasan Kinabatangan telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Lantana Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2, semalam.

Kehadiran mencatatkan seramai hampir 300 orang yang terdiri daripada kalangan murid-murid PASTI dan SRITI Kota Kinabatangan, Jemaah Ibu bapa, serta barisan guru-guru dan ahli jawatan kuasa pelaksana.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur itu turut diselangi dengan persembahan menarik daripada pelajar-pelajar PASTI dan SRITI yang membuatkan para hadirin berasa sebak dan gembira.

Penyampaian sijil tamat PASTI murid-murid 6 tahun yang akan menamatkan persekolahan pada sesi 2022 telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla.

Manakala bagi penyampaian hadiah murid-murid SRITI telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar SRITI Kinabatangan, Liyana Dahon.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieya Pudding serta Ketua Muslimat PAS Kawasan, Izzah Tuton.