Oleh: Nur Marlyannah Umar
27 Februari 2023
KUNAK: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Lahad Datu (DMPKLD) kali ke-5 telah berlangsung dengan tema ‘Mantapkan Ukhwah Perkasakan Dakwah’ di SRITI Al Falah, di sini semalam.
Ketuanya Nurmia Habba berkata, asas ukhuwah itu adalah iman, ikhlas serta berakhlak mulia dalam mewujudkan dan mengukuhkan prinsip ukhuwah iaitu perdamaian dan kasih sayang.
“Guru PASTI dan SRITI adalah daie dan murabbiyah yang dekat dengan ibu bapa serta masyarakat berperanan besar untuk bersama dengan Dewan Muslimat dalam memikul dakwah ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri ketika menyampaikan Ucaptaman Ketua Muslimat kawasan.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Rosli Hasan. Turut hadir, pemerhati daripada Dewan Muslimat PAS negeri, Nor Janah JamJam.