Home Berita PAS Wilayah

Mangsa ribut terima bantuan kecemasan

109
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 19 MAC : Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju telah turun padang menziarahi mangsa ribut petir dan menyampaikan sumbangan di Dewan Blok A, Taman Melati di sini petang 13 mac.

YB Kak Nuri berkata, pada peringkat awal, setiap keluarga akan menerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan bakul makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Selain bantuan makanan, tempat sementara akan dikenal pasti bagi mereka yang memerlukannya kerana masa membaiki rumah mungkin mengambil masa lama memandangkan kita masih dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN),” ujar YB Kak Nuri.

Menurut warga emas, Ayob Md. Saman, 64, yang merupakan salah seorang mangsa ribut di Taman Melati, di sini.

“deruan angin yang terlalu kuat hingga menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya, menyebabkan dia sekeluarga menjadi panik.”

“Saya nampak angin kuat berwarna hitam naik dan turun sebelum menerbangkan sebahagian bumbung rumah. Apabila itu terjadi, anak dan isteri ketakutan dan saling berpelukan manakala saya pula entah mengapa, terus mencapai senapang yang tidak berpeluru tanpa tahu apa yang hendak dilakukan.

“Dalam tempoh lima minit, ribut itu mula reda. Saya seterusnya mencari kepingan bumbung yang diterbangkan angin dan menemukannya kira-kira 50 meter dari kedudukan rumah,” katanya.

Turut hadir sama Yang Dipetua PAS Kawasan Wangsa Maju,Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Solahuddin Al-Ayubi dan wakil MPPWP Sub Zon.