Home Berita PAS Sabah

Mangsa kebakaran di dua kampung terima bantuan daripada PAS Tawau

164
SHARE

Oleh : Anna Tan.                                                         11 Disember

TAWAU : Nasib 27 keluarga mangsa kebakaran di dua buah kampung di sini mendapat perhatian PAS Kawasan Tawau yang menyampaikan bantuan bernilai rm4,749 petang tadi.

Majlis penyampaian ringkas bantuan kepada mangsa kebakaran  Kampung Jati dan Kampung batu 2 Jalan Apas itu disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain dan AJK PAS Tawau, Razali Sani.

Mohamad berkata, sumbangan berkenaan merupakan satu daripada tanggungjawab sosial dan sebagai tanda keprihatinan PAS Tawau kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

” Kami amat bersimpati atas ujian yang menimpa tuan puan semua, semoga tuan puan tabah atas ujian ini dan mudah-mudahan Allah SWT menggantikan apa yang hilang dengan yang lebih baik lagi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Pada 22 November lalu, 22 keluarga teah kehilangan tempat tinggal , manakala 5 keluarga kehilangan tempat tinggal pada 29 November baharu ini.

Turut sama semasa penyampaian itu, AJK PAS Tawau, Ustaz Mohd Riduan Sirajuddin dan Shahrul Nizam Ilham , AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.