Home Berita PAS Terengganu

Mangsa banjir terperangkap diminta tingkat langkah keselamatan

17
SHARE

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir yang masih terperangkap diminta untuk meningkatkan langkah keselamatan sementara menunggu bantuan tiba.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, agensi berkaitan dan pihak keselamatan ketika ini giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.

“Sejak malam tadi, usaha menyelamat masih berjalan.

“Kita doakan semoga situasi hujan lebat ini tidak berlarutan lebih buruk, ” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Beliau turut mengingatkan mangsa banjir yang masih terperangkap agar tidak menghampiri tiang atau kabel elektrik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, setakat 6 petang tadi, sejumlah 23,164 mangsa terjejas di seluruh Terengganu telah dipindahkan ke 267 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan kelapan-lapan daerah.