Home Berita PAS Terengganu

Mangsa Banjir terharu Jabatan Amal hulur bantuan

14
SHARE

MARANG – Mangsa banjir di Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di daerah ini meluahkan rasa terharu atas bantuan yang dihulurkan anggota Jabatan Amal di saat mereka diuji dengan musibah tersebut,

Salah seorang mangsa banjir, Mohd Bakhtimi Mohd Ali Hanafiah, 58, berkata,  kehadiran Jabatan Amal DUN Pengkalan Berangan ke kediaman mereka bagi membersihkan kotoran akibat bencana itu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.

“Kami baru pulang ke rumah setelah beberapa hari terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Pengkalan Berangan. sampai di rumah kami tak sangka anggota Jabatan Amal datang membantu membersihkan rumah kami.

“Alhamdulillah, kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Amal yang begitu cepat bertindak.

“Kesan banjir memang banyak, tetapi dengan bantuan mereka, saya rasa lega dan boleh kembali memulakan kehidupan,” katanya penuh syukur.

Ujarnya, dengan bantuan terbabit rumahnya kembali bersih dan selesa untuk didiami.

Bakhtimi turut menyatakan segala tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal itu juga telah mendapat penghargaan daripada para penduduk yang terlibat.

“Usaha murni ini turut memberi harapan kepada banyak lagi keluarga yang terjejas oleh banjir untuk kembali meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik,” katanya.