Home Berita PAS Wilayah

Manfaatkan Ramadhan dengan Membaca

780
SHARE

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan (Surah Al-‘Alaq 96:1)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memilih tanggal 23 April sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia untuk memupuk semangat dan perasaan cinta akan buku di kalangan masyarakat dunia.

Bagi umat Islam khususnya, Al-Quran haruslah menjadi ‘buku’ pertama yang mesti dibaca setiap hari sebelum membuka buku-buku lain. Bersesuaian juga dengan Ramadhan yang bakal menjelang sikit masa lagi, amatlah dianjurkan untuk kita memanfaatkan bulan mulia ini dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menelaah isi-isi di dalamnya.

Buat rakyat Malaysia umumnya, jadikan eksplorasi mencari ilmu dengan membaca buku-buku ilmiah sebagai aktiviti keluarga di rumah masing-masing lebih-lebih lagi dalam luang masa yang ada sepanjang Perintah Kawasalan Pergerakan (PKP) ini.

Semoga budaya cintakan buku menjadikan masyarakat kita lebih berilmu dan matang dalam menjalani kehidupan.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

#AhlanRamadhan
#StayAtHome
#ReadAtHome

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN