Oleh:NurAsilah Noor
TELUK INTAN , 12 Oktober : Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) Muslimat telah melaksanakan program asas pembuatan sabun dari minyak terpakai di Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di sini baru-baru ini.
Program yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk mengajak para ibu, suri rumah dan Muslimat sekitar agar bersama-sama dapat memanfaatkan minyak terpakai untuk dikitar semula melalui kaedah pembuatan sabun secara ‘ cold process.’
Demonstrasi teknik pembuatan sabun dapat memberikan pengetahuan baru kepada setiap peserta ( malahan) mereka dapat membawa pulang sebuku sabun yang disediakan oleh pihak penganjur di akhir program.
‘Wanita yang berperanan sebagai ibu perlu menjalankan kewajipannya memastikan rumahtangga terutama peralatan dapur dapat digunakan semaksima mungkin dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat. (Justeru) cara ini dapat mengurangkan kos dengan membuat sabun buatan sendiri.’ Ujar Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas ketika menyampaikan ucapan perasmiannya.
Pelbagai alatan diperlukan untuk menukar minyak terpakai kepada sabun. Antara yang penting adalah dengan menggunakan sukatan minyak serta campuran beberapa bahan yang tepat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas, Ketua Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar, Siti Aminah Jamhari serta ahli jawatankuasa yang lain.