Manfaat ‘Bakul Prihatin’ Buat Keluarga Yang Dikuarantin – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA SELANGOR, 6 Ogos – Ketua PAS Cawangan Bukit Kerayong, Tn Mahadzir Rahim telah mengunjungi 5 buah keluarga, yang dikenakan arahan berkuarantin dirumah disebabkan positif COVID-19.
Beliau telah turun menyantuni dan menyampaikan bantuan “Bakul Makanan Prihatin”, sumbangan daripada kerajaan pusat kepada parlimen-parlimen negeri Selangor untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Semoga kesemua keluarga yang menjalani kuarantin segera pulih seperti sediakala dan juga semoga segala bantuan yang diberikan itu dapat meringankan sedikit beban yang dihadapai mereka di musim COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor