Home Rencana PAS Selangor

Mana datang budaya buli di negara kita – KPen DPPK Sungai Buloh

98
SHARE

May be a black-and-white image of 1 person

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Saiful Mujahid
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh

1. Perbicaraan ke atas pihak tertuduh dalam kes kematian Allayarham Zulfarhan selesai dengan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap 6 bekas penuntut UPNM serta penjara 3 tahun bagi 12 tertuduh yang lain.

2. Kematian Allahyarham berpunca daripada budaya buli yang semakin membarah dalam masyarakat. Terlalu banyak dah kita lihat kes demi kes buli di sekolah, bahkan ditempat kerja juga terdapat kes!

3. Negara ini punya undang-undang, masyarakat Asia khususnya kaum Melayu terkenal dengan budi bahasanya. Dari mana datang budaya liar ini?

4. Pemuda PAS Sungai Buloh berpandangan, budaya buli ini mesti diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Para ibu bapa perlu cakna dengan keadaan anak-anak, pihak sekolah atau universiti, mainkan peranan sekiranya ada kes dalam pengetahuan kita.

5. Jangan ada lagi berita kehilangan nyawa disebabkan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Zulfarhan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor