KEMAMAN – Pelumba XDS Astana, Matteo Malucelli mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 selepas muncul juara peringkat keempat dalam kayuhan di Kemaman, hari ini.
Perlumbaan sejauh 141.5 Kilometer (KM) dari Kuala Terengganu ke Kemaman menyaksikan pelumba Itali berusia 31 tahun itu sekali lagi mempamerkan kehebatan sekali gus membolehkannya menyarung jersi hijau (Pendahulu Keseluruhan).
Jersi oren (Raja Pecut) turut menjadi miliknya apabila menamatkan saingan peringkat keempat penuh bergaya dengan mencatatkan masa tiga jam 17 minit 56 saat.
Mengirignya di podium ialah pelumba pelumba Polti VisitMalta, Manuel Penalver di tempat kedua, manakala tempat ketiga menjadi milik Erlend Blikra dari Uno-X Mobility.
Turut hadir meraikan pemenang ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim serta Timbalannya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.