Home Berita PAS Perak

Malaysia Sejahtera : Seruan bersatu hati mempertahan akidah Islam

189
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

MALAYSIA SEJAHTERA : SERUAN BERSATU HATI MERPERTAHAN AKIDAH ISLAM

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Bukit Gantang menyeru seluruh ahli masyarakat bersatu hati dalam mempertahan akidah Islam khususnya melibatkan ketiga-tiga anak-anak Puan Loh Siew Hong. Akidah Islam menjadi tunjang penyatuan ummah dan bersama kita bersoladiriti atas perkara ini.

Asasnya dalam Islam, hubungan kekeluargaan tetap terjalin utuh walaupun berbeza agama kerana hubungan darah daging antara ibu dan anak terus berkekalan kerana ianya tuntutan dalam Islam. Malah ianya dibuktikan melalui akhlak Islam yang mulia oleh penjaga anak-anak tersebut selama ini.

Maka tidak sepatutnya pemimpin DAP, P Ramasamy tidak menimbulkan ketegangan kaum dan menyentuh sensitiviti agama sehingga mendakwa berlakunya paksaan dan penculikan terhadap anak-anak tersebut ketika memeluk Islam.

Justeru, DPPK Bukit Gantang mengutuk keras nada sumbang berbaur provokatif termasuk mempertikai bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri Perlis. Lebih membimbangkan kita sekiranya terdapat usaha pihak lain untuk membatalkan keislaman ketiga-tiga anak tersebut.

Maka, dalam suasana kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, sudah tentu semua pihak mengharapkan sebuah Malaysia Sejahtera yang wujud didalamnya sikap bertoleransi dan menghormati sesama kita dan ternyata Islam adil untuk semua.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

Ts ZU HAZMIN BADRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Buntar

#KenyataanMedia
#PemudaPASBukitGantang
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan