Home Artikel PAS Selangor

Malaysia Oh Tanah Airku

150 views
SHARE

Saya dilahir di tanahair ini selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan terbentuknya Malaysia. Saya pernah dididik tentang sejarah tanahair. Walaupun saya tidak mahir tentang keseluruhan sejarah Malaysia, tetapi asas kepada kewujudan dan kemerdekaannya dapat saya fahami.

Asasnya adalah keinginan warganegaranya untuk bebas dari penjajahan. Setahu saya ketika itu UMNO, PAS, MCA dan MIC telah sepakat untuk memperjuang dan menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sehingga berjaya diisytihar pada tahun 1957. Hasil dari kebijaksanaan pemimpin terdahulu, tahun 1963 negara Malaysia pula terbentuk.

Kini sudah lebih 62 tahun, negara kita merdeka. Rakyatnya hidup harmoni dan bertoleransi. Tetapi pasca PRU14 lalu, semangat toleransi, bertimbang rasa dan hidup hormat menghormati antara kaum, agama dan budaya telah mula terhakis. Puncanya adalah sikap sesetengah pemimpin yang tamak kuasa dan ada usaha ingin merubah asas sebuah negara iaitu teras kepada perlembagaan negara.

Tarikh 14 September 2019, adalah saat yang saya nantikan, untuk menyaksikan termeterainya persefahaman kerjasama dua parti Melayu Islam terbesar tanahair dalam usaha dan rangka kerja menyatukan warganegara Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran hidup melalui Perpaduan Ummah yang dipelopori oleh PAS dan UMNO. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PAS dan UMNO !.

Saya sungguh berharap jalinan kerjasama PAS-UMNO ini akan terus kekal dan seterusnya memimpin negara yang akan didokong oleh parti-parti seperti MCA, MIC, BERJASA, IKATAN dan NGO-NGO serta rakyat keseluruhannya.

Semoga Perpaduan Ummah rakyat Malaysia menjadi realiti menjelang PRU15 nanti.

Dato Deepakaran Karuppiah
Naib Ketua DHPP Pusat
Ketua DHPP Selangor