Home Pedoman Haraki

Makna Taqwa

882
SHARE

 

Berfikir Sejenak (siri 14)

oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Makna “TAQWA”

Bulan Ramadhan mendidik umat untuk bertaqwa kepada Allah menerusi ibadah puasa sebagai ibadah utama yang wajib sepanjang Ramadhan di samping ibadah sunat seperti solat Tarawih, membaca al-Quran dan Bersedekah.

Perkataan “Taqwa” daripada perkataan “Wiqayah” bermaksud bentengan daripada sesuatu yang ditakuti. Dalam konteks seorang Muslim, dia takut neraka dan kemurkaan Allah lalu menggesa dirinya membentengkan diri daripada neraka Allah yang ditakuti dengan melakukan segala suruhan dan larangan Allah sama ada suruhan bersifat wajib atau sunat juga larangan bersifat haram atau makruh.

Sekian. Jumaat 26hb Mei 2017

{jathumbnail off}