Guru Besar SRITI , Muhammad Fadhil Abdullah, berkata penjualan kerusi makan malam berkenaan adalah bagi mengumpulkan dana untuk pembelian van SRITI serta menaik taraf pembangunan sekolah berkenaan.
Majlis yang telah berlangsung pada 4 November yang lalu bertempat di Dewan Bunga Raya , Changkat Jering merupakan anjuran Jabatan Ibu Bapa dan Guru (JIBG) dan SRITI AL HELMI sendiri .
Muhammad Fadhil , berkata, majlis itu juga dapat memperkukuhkan silaturahim dan permuafakatan antara guru , ibu bapa murid dan tetamu yang hadir.
Antara tetamu jemputan istimewa yang hadir terdiri daripada Pesuruhjaya Pas Perak , Hj. Razman Zakaria, Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad ,Yang Dipertua (YDP) PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Pengerusi Jabatan Ibu Bapa dan Guru (JIBG), En. Lotfi.
Pihak JIBG telah berinisiatif untuk menganjurkan majlis ini demi membantu pihak sekolah membuat kutipan dana demi merealisasikan hasrat tersebut.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa serta montaj SRITI turut diserikan dengan persembahan Johan Alam Ria Pasti Bukit Gantang dan Kalam Jamaie dari pelajar SRITI Al Helmi.
Majlis yang bermula pada pukul 9.00 malam berakhir kira-kira pukul 11 malam.