Home Berita PAS Sabah

Majlis Sungkai erat silaturahim bersama anak Yatim

17
SHARE

Oleh: Fasihah Mohamad
25 Mac 2025

Kinabatangan: PAS Kawasan Kinabatangan menganjurkan Majlis Sungkai di Dewan Sri Setia bagi meraikan anak yatim dan murid PASTI, di sini kelmarin.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim serta menyantuni anak-anak yatim dan murid-murid PASTI Darul Ulum, Kinabatangan.

Ketua Pemuda PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla dalam ucapannya menekankan kepentingan kebersamaan dalam masyarakat dan kelebihan bersedekah dalam bulan Ramadan.

“Ramadan adalah bulan keberkatan dan bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebaikan.

“Amalan bersedekah di bulan Ramadan ini lebih baik kerana ganjarannya berlipat ganda,” katanya.

Jumaidin berharap sumbangan yang diberikan dapat menggembirakan hati anak-anak yatim dan murid-murid PASTI.

Beliau juga berharap program tersebut dapat diteruskan untuk memperkukuh ukhuwah Islamiah dalam masyarakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, pimpinan PAS Kawasan Kinabatangan, guru-guru dan ibu bapa PASTI.

Majlis Sungkai diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.