Home Berita PAS Sabah

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Zon Sandakan

14
SHARE

 

Oleh: Fatiha Mohamad
17 Jun 2025

Sandakan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zon Sandakan hari ini berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) melibatkan lima kawasan iaitu Batu Sapi, Libaran, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran. Majlis berlangsung di Dewan Sri Arraudah, Sandakan.

Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Rosli Abdul Jabar, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang yang menyampaikan amanat yang cukup menyentuh jiwa, menyeru para ahli agar sentiasa menjaga keikhlasan dalam perjuangan.

“Kita perlu sentiasa membetulkan niat dalam perjuangan ini, agar setiap langkah kita berada di landasan yang diredhai oleh Allah SWT dan tidak menyimpang dari tujuan sebenar,” tegas beliau.

Beliau turut menasihatkan agar ahli PAS terus bersabar dan memperbanyakkan doa terutama apabila menghadapi ujian dan cabaran perjuangan yang datang bertali arus, walaupun kadangkala terasa lelah dan penat.

“Jangan kita terlalu bergantung kepada kekuatan fizikal atau strategi semata-mata. Sandarkan sepenuhnya kepada Allah SWT, mengharap redha-Nya dan jangan lupa untuk terus mengingati-Nya dalam setiap usaha yang kita lakukan,” tambah beliau.

Majlis yang mempertemukan saf kepimpinan PAS di Zon Sandakan itu menjadi simbol kekuatan dan penyatuan gerak kerja parti di peringkat akar umbi. Turut diadakan ialah sesi penyampaian cenderahati kepada kawasan.