Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Penyatuan seluruh umat di dunia khususnya umat Islam adalah antara kesan penganiayaan kepada saudara kita di Palestin oleh Rejim Zionis. Semangat juang dan solidariti umat seluruh dunia yang tiada tandingannya boleh membuatkan Israel itu sendiri lari ketakutan.
Pastinya ramai rakyat Malaysia yang mahu membantu mereka disana dengan sebolehnya. Oleh itu, banyak NGO-NGO telah mengambil inisiatif membuat kutipan sumbangan untuk Palestin. Buat masa ini perjuangan menggunakan harta adalah bantuan yang paling efisyen.
Menurut Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor, majlis penyerahan sumbangan dana Palestin fasa 2 anjuran PAS Pusat telah diadakan. Alhamdulillah, PAS Selangor menyerahkan RM323 060.00 untuk Fasa ke-2 ini. Jumlah terkumpul untuk kedua-dua Fasa RM 880 811.77. Semoga segala usaha ini dapat memanfaatkan saudara-saudara kita di sana.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor