Home Berita PAS Sabah

Majlis Makan Malam PAS Keningau sederhana tapi meriah

59
SHARE

Oleh: Bibi Roziana R
11 Disember 2023

KENINGAU: Majlis Makan Malam PAS Kawasan Keningau telah berlangsung dalam suasana sederhana tapi meriah pada Sabtu tadi.

Majlis berlangsung dengan lancar di Sekolah Rendah Islam Seri Tahfiz Al Ilmi dengan kehadiran lebih kurang 100 tetamu yang terdiri daripada AJK Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, guru PASTI dan guru SERI Keningau.

Menyerikan lagi majlis makan malam PAS kali ini ialah kehadiran tetamu kehormat Haimin Yusof Timbalan Yang Dipertua PAS keningau, Abdul Mumin Ali Naib Yang Dipertua PAS Keningau, Ketua Dewan Pemuda PAS Keningau Rizdqan Wirahadi Kusuma dan Nor Azian Sapiai Ketua Dewan Muslimat PAS keningau.

Penganjur utama untuk Majlis Makan Malam PAS Keningau kali ini ialah Dewan Muslimat PAS yang diketuai Nor Azian Sapiai selaku penasihat dan Rafiah Sulaiman sebagai penyelaras utama majlis.

Kemuncak majlis ialah penyampaian anugerah khas bagi meraikan penerima yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan sentiasa istiqamah dalam menjalankan apa juga amanah yang diberi.

Sebanyak lima anugerah khas yang diraikan iaitu Anugerah Lajnah Kawasan Terbaik diberikan kepada Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Keningau, Anugerah Khas Dewan Pemuda diberikan kepada pengurus-pengurus 5 buah PASTI (Asshariff, Arrahim, Alfalah, Alfalah II, Solahuddin) yang telah lama berkhidmat mengurus PASTI dan Anugerah Pemuda Pilihan Dewan Pemuda PAS Keningau diberikan kepada Mohammad Hakimi Abdul Mutalib.

Manakala dua lagi anugerah sebagai penghargaan daripada Dewan Muslimat PAS Keningau ialah Anugerah Lajnah Terbaik diberikan kepada Lajnah Dakwah dan Anugerah Muslimat Muda Pilihan pula diberikan kepada Nur Mimi Hazwanih Mohd. Shom

Majlis dimeriahkan lagi dengan hampir 60 hadiah cabutan bertuah, persembahan nasyid daripada kumpulan al-Munzir dan sambutan hari lahir AJK yang lahir bulan Disember.

 

 

 

 p