Home Artikel PAS Pahang

Majlis Makan Malam Bagi Meraikan Anggota Amal Kuantan

120 views
SHARE

Kuantan, 10 Disember – Ahli Jawatankuasa Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan anggota JAMKK yang sentiasa bersiapa sedia dan bertungkus lumus dalam setiap kerja-kerja kebajikan di peringkat Jabatan Amal.

Majlis yang bermula jam 5.30 petang di Restoran Aniq Steamboat, Medan Warisan ini turut dianjurkan bagi meraikan kejayaan anggota JAMKK yang menyertai misi SAR mangsa lemas di Sg. Kuantan baru-baru ini.

“Sudah lama hasrat kita untuk mengadakan majlis makan ini bagi bertujuan meraikan anggota Amal diperingkat Kawasan Kuantan selepas mana mereka terlibat dengan banyak misi-misi kebajikan & menyelamat sebagai penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota Amal yang terlibat,” kata Tuan Quddus, Komandan JAMKK.

Turut bersama dalam majlis ini beberapa orang AJK Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang.

Semoga dengan penganjuran majlis ini turut dapat merapatkan hubungan sesama anggota JAMKK.

BERAMAL KERANA ALLAH.