Home Berita PAS Perak

Majlis Khatam Al Quran Muslimat dilimpahi hujan rahmat

176
SHARE

Oleh : NurAsilah Noor

TELUK INTAN,20 April : Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Muslimat telah menganjurkan majlis khatam Al Quran bertempat di Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) baru-baru ini.

Seramai hampir 40 orang Muslimat telah menyertai program ini yang dilaksanakan secara atas talian berjaya menghabiskan bacaan masing-masing melalui 10 kumpulan yang telah ditetapkan.

Program yang telah berlansung pada hari Selasa yang bertepatan dengan Program Iftar Kawasan ini bermula pada jam 5 petang disirami limpahan hujan yang agak lebat namun tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan majlis sehingga selesai.

Majlis Khatam Al Quran ini merupakan program terakhir Muslimat di bulan Ramadan sekaligus sebagai Penutup Ihya Ramadan tahun 1444 Hijriah.

‘Tahniah diucapkan kepada semua Muslimat atas keterlibatan dalam program yang dianjurkan dan berharap agar Muslimat dapat memanfaatkan Ramadan yang masih berbaki ini seterusnya mengekalkan momentum ibadah ke bulan yang seterusnya,” kata Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas ketika menyampaikan tazkirah di akhir majlis tersebut.

Para peserta telah diberi cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan berharap semua peserta akan terus memaknakan Al Quran dalam kehidupan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas, Ketua Lajnah Tarbiah merangkap Naib Ketua Muslimat, Nur Aseha Hanafi serta ahli jawatankuasa yang lain.