Home Artikel PAS Wilayah

Majlis Iftar Perdana PAS Zon Bandar Baru Sentul

631
SHARE

SENTUL, 3 Jun – PAS Cawangan Bandar Baru Sentul Fasa 8/9 telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana peringkat zon Bandar Baru Sentul, semalam.

Program ini bertujuan untuk mengikat silaturrahim antara ahli PAS dan juga masyarakat setempat.

Majlis yang diadakan di Dewan Melur 1, Pangsapuri Melur ini telah dihadiri oleh YBhg Hj Abu Bakar Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu.

Dalam ucapan beliau, Hj Bakar mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus dalam PRU-14 baru – baru ini. Selain itu, beliau juga menyeru agar semua ahli memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan bagi mendapat ganjaran Lailatul Qadr.

Sebelum berbuka puasa, pihak cawangan telah menyediakan sumbangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada para asnaf yang telah dijemput bersama. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg Hj Abu Bakar Abdul Rahman sambil diiringi oleh Tn Shamsuddin Yaacob, Ketua Cawangan Fasa 8/9 yang juga Timbalan YDP PAS Kawasan Batu.

Majlis yang diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah di Surau Quba telah dihadiri hampir 100 orang ahli dan masyarakat sekitar.