Oleh : Asikin Ahmad
28 Februari 2022
KALABAKAN : Seramai 106 orang pelajar 6 tahun PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan telah tamat pengajian di PASTI bagi sesi persekolahan 2021/2022.
Majlis Apresiasi secara norma baharu ini diadakan bertujuan meraikan para pelajar.
Majlis telah diadakan di premis PASTI masing-masing yang kesemuanya berjumlah sembilan buah PASTI dalam kawasan parlimen Kalabakan.
Menurut Ketua Guru PASTI Kalabakan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh para guru dan pelajar bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
“Semoga dengan sedikit usaha ini dapat menggembirakan lagi para pelajar dan memberi semangat serta dorongan untuk terus menuntut ilmu,” ujarnya.
Beliau berharap semoga para pelajar PASTI terus cemerlang pada masa akan datang dan menjadi insan yang beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa serta penjaga pelajar yang telah memilih PASTI sebagai medan asuhan awal anak-anak.