Home Berita PAS Wilayah

Majlis Anugerah Prestasi PASTI Wangsa Maju Meriah

126
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 25 FEB: PASTI Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Prestasi (HAP) PASTI Kawasan Wangsa Maju sesi 2021 buat kali ke-8 di SRITI Wangsa Maju.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh.

Kira-kira lebih 600 orang pelajar terdiri daripada 4, 5 dan 6 tahun mewakili daripada 11 buah PASTI cawangan dilaporkan hadir.

Setiap pelajar diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan penganjur seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka sebelum dibenarkan menghadiri Majlis HAP.

YB Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh, dalam ucapan perasmiannya telah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada para Guru-Guru serta Pihak Pengurusan PASTI yang telah menjayakan majlis ini .

“Kita perlu mendedahkan anak-anak dengan al-Quran dan Hadis, sirah nabi-nabi, para sahabat serta mengajarkan mereka tentang syariat islam sejak kecil lagi. Hal ini penting bagi mengukuhkan jiwa dan peribadi mereka bagi menempuh cabaran dunia hari ini”, Ujarnya.

Turut hadir sama Pengerusi PASTI Wangsa Maju, Muhamad Nur Azmi Bin Yusof, Guru Besar, Hajah Fatimahwati Haji Ahmad, Ketua-Ketua Guru dan Guru-Guru PASTI.