Home Berita PAS Sabah

Majlis Anugerah Prestasi PASTI & SRITI Kinabatangan disambut meriah

40
SHARE

Nurfatiha Muhammad
05 Februari 2024

Kinabatangan: PASTI dan SRITI Kinabatangan menganjurkan Majlis Anugerah Prestasi (MAP) yang melibatkan murid PASTI 4, 5 dan 6 tahun serta murid SRITI dan Mini Tahfiz Kinabatangan.

Majlis ini berlangsung dengan meriah diadakan di Dewan Lantana, Sk Bukit Garam 2.

Seramai 200 orang murid PASTI & SRITI serta Mini Tahfiz kinabatangan telah diraikan. Kehadiran ibu bapa juga sangat memberangsangkan dan ramai ibu bapa yang datang pada sidang pagi terpaksa berdiri sambil menunggu kerusi.

Menariknya Majlis Anugerah Prestasi kali ini, guru-guru PASTI dan SRITI juga diraikan duduk bersama-sama dengan VIP di atas pentas.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri bin Hamsah. Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur dan Ketua Pemuda PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla.